Friday, May 16, 2008

Daerah Yang Musnah.


Biodataku:
Nama : Ferwan Durin
Tempat di lahirkan : Hospital, Kudat, Sabah.
Tarikh Lahir : 19.Januari, 1991
Alamat Rumah : KG. MANGKAPON, PITAS.
d/a. Sk. Mangkapon, Pitas,
Peti Surat 130,
89108 Kota Marudu, Sabah.

Kampung Mangkapon.

Kampung Mangkapon, mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Pekan Pitas. Ketika Blog ini saya tulis, 17.Mei.2008 ( Sabtu) Jalanraya yang menghubungkan kampung saya ke Pekan Pitas sangat daif, sejak saya dilahirkan jalanraya ke kampung saya hanya dapat dilalui dengan kenderaan pacuan 4 roda.
Bekalan Elektrik.

Bekalan elektrik hanya ada di kampung saya pada tahun 2003. Bekalan elektrik juga seringkali terputus, sehinggakan adakalanya sampai 5 hingga 7 hari dalam sebulan. Kampung saya pada masa ini tiada bekalan 'Air Paip', kami biasa minum air hujan dan air perigi. Bila musim kemarau, waktu ini adalah saat paling sukar bagi kami. Tanaman Padi tidak menjadi, ternakan mati dan paling sukar adalah bekalan air untuk diminum.

Magium Acacia.1

Kampung Mangkapon adalah termasuk dalam kawasan SAFODA ( Sabah Forest Development Board) Wilayah Bengkoka, yang berpejabat di Kampung Bongkol, Pitas. SAFODA yang memperkenalkan tanaman kayu Magium Acacia. Kayu ini telah merosakkan alam Flora dan Fauna di sini. Kayu Magium Acacia membiak melata di daerah Pitas dan tidak mungkin akan pupus hingga ke akhir zaman. SAFODA pula telah mengambil hak orang kampung, sehinggakan penduduk kampung yang berada dalam Wilayah SAFODA Bengkoka, perlu minta belas kasihan dari pihak SAFODA untuk mohon tanah untuk bercucuk tanam. Saya sendiri tidak tahu ADAKAH SAYA MASIH ADA HAK ATAS TANAH INI???. Generasiku seakan hilang daya hidup di Daerah ini.

Sekolah Kebangsaan Mangkapon, Pitas.

Sejarah persekolahan di SK. Mangkapon Pitas telah bermula dalam tahun 1980. Pada 12.Ogos 1980 satu mesyuarat telah dianjurkan bersama oleh Pengerusi JKKK dan ketua-ketua Kampung yang berasal dari kampong berdekatan. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan langkah mendapatkan kelulusan penubuhan sekolah rendah. Di antara mereka yang hadir dalam mesyuarat ini ialah:

  1. En. Mundup Bin Nuzelon (Pengerusi JKKK Kampung Lumikog)
  2. En. Rumimbit Bin Lantayan (Ketua Kampung Lumikog)
  3. En. Sulan Bin Lampugas (Pengerusi JKKK Kampung Pituru)
  4. En. Tandi Bin Matusin (Ketua Kampung Pituru)
  5. En. Pontung Bin Masalag (Pengerusi JKKK Kampung Latif)
  6. En. Takudang Bin Ungai (Ketua Kampung Latif)
  7. En. Karim Bin Ungsong (Pengerusi JKKK Kg. Pangkalan Mangkapon)
  8. En. Gagalon Bin Ladaon (Ketua Kampung Pangkalan Mangkapon)


Permohonan telah diajukan kepada Pegawai Pendidikan Daerah. Pada 2 Februari 1981 permohonan tersebut telah dipanjangkan oleh PPD kepada pihak ibu pejabat di Jabatan Pendidikan Kota Kinabalu. Pada 12 februari 1982 satu perhimpunan sivik anjuran Jabatan Penerangan Pitas telah berlangsung di Balairaya Kampung Lumikog. Pada masa itu, semua Pengerusi JKKK dan Ketua-Ketua Kampung telah hadir termasuk Penyelia Kanan Daerah Pitas En. Roland Paulus Masigi. Pada tanggal inilah beliau mengumumkan kelulusan bagi penubuhan SK. Mangkapon dan telah diterima dengan senang hati oleh penduduk setempat. Tapak sekolah telah ditetapkan di Kampung Pangkalan Mangkapon dengan keluasan 15 ekar.